Nasional

Beri ruang kepada calon peperiksaan bersedia

PENUTUPAN sekolah secara bersemuka bermula pada 9 Februari lalu adalah bagi memberi ruang kepada calon peperiksaan membuat persediaan kendiri.

Persediaan kendiri termasuklah mengadakan pertemuan dengan guru atau membuat ulang kaji secara berfokus bagi menghadapi peperiksaan.

Ini bagi memudahkan para pelajar menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 yang akan bermula pada minggu hadapan (22 Februari).

“Apabila KPM (Kementerian Pendidikan) maklumkan bahawa sesi persekolahan secara bersemuka berakhir pada 9 Februari 2021, hasrat kami ialah untuk memberi ruang kepada calon-calon peperiksaan membuat persediaan kendiri.

“Tujuannya adalah untuk membuka ruang seluasnya kepada calon menggunakan masa yang ada dengan pendekatan paling sesuai.

“Bahkan KPM nyatakan bahawa pihak sekolah dibenarkan untuk mengadakan kelas tambahan dengan persetujuan ibu bapa dan guru sebagai persediaan murid sehingga tamat peperiksaan.

“KPM komited untuk terus melakukan yang terbaik.”

Demikian kata Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Mohd Radzi Md. Jiddin, menjelaskan keperluan menutup sesi persekolahan awal menjelang tarikh peperiksaan SPM.

Beliau berkata demikian dalam Facebooknya selepas mengadakan lawatan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Tembak, SMK Seri Titiwangsa dan SMK Keramat Wangsa hari ini.

Lawatan tersebut diadakan bagi meninjau pematuhan prosedur operasi standard (SOP) untuk pepriksaan SPM yang akan bermula Isnin hadapan.

“Antara aspek yang diteliti termasuk susun atur dewan peperiksaan, pergerakan keluar masuk calon serta pematuhan terhadap SOP.

Kebetulan di ketiga-tiga buah sekolah ini terdapat murid yang sedang mengikuti kelas tambahan.

“Anak-anak ini nampak bersemangat dan bersedia untuk menduduki peperiksaan,” ujarnya.

Terdahulu pelbagai pihak mempersoal tindakan KPM menutup persekolahan lebih awal sebelum pelajar dapat menduduki peperiksaan SPM.

Ini kerana, pelajar dikatakan perlu dipastikan benar-benar bersedia untuk menduduki peperiksaan ekoran telah bercuti lama ekoran sesi persekolahan yang terganggu sejak tahun lepas akibat penularan wabak Koronavirus Covid-19. – SM

(Visited 217 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button