NasionalPendidikanpilihan

KPM setuju kembalikan sesi persekolahan mulai Januari

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) secara prinsipnya bersetuju mengembalikan sesi persekolahan kepada bulan Januari namun pelaksanaannya tidak dapat dibuat dalam masa terdekat.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pihak kementerian bersetuju dengan pandangan ibu bapa berhubung kepentingan berbuat demikian.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan, pihaknya perlu meneliti beberapa faktor termasuk pematuhan kepada Akta Pendidikan 1996, bagi memastikan pengajaran setiap subjek dapat diselesaikan, selain tidak mengganggu jadual peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

“KPM juga perlu mengambil kira faktor cuaca tidak menentu dan tahap) ekonomi setempat, sebelum mengembalikan sesi persekolahan kepada Januari.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2023 bagi KPM di Dewan Rakyat, semalam.

“Kita juga perlu mematuhi (beberapa aspek), termasuk bilangan persekolahan murid yang tidak boleh kurang daripada 190 hari dalam tempoh setahun,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2023 bagi KPM di Dewan Rakyat, semalam.

Sementara itu, Fadhlina berkata, KPM tidak bercadang mewajibkan Tingkatan Enam kepada lepasan SPM, selain penawarannya dibuat selaras Akta Pendidikan 1996.

Ini kerana, katanya, ia akan memberi kesan kepada kemasukan matrikulasi, Institut Pendidikan Guru (IPG) serta universiti awam dan swasta, jika kemasukan ke Tingkatan Enam diwajibkan kepada lepasan SPM.

“Murid Tingkatan Enam yang gagal peperiksaan semester boleh mengambil peperiksaan ulangan bagi subjek gagal.

“Ketika ini, tiada bantuan kewangan khusus disediakan untuk murid Tingkatan Enam yang menduduki peperiksaan ulangan, manakala yuran STPM ditanggung sepenuhnya kerajaan,” kata Ahli Parlimen Nibong Tebal itu lagi. – SM

Artikel berkaitan > KPM tidak kompromi hal yang boleh gugat perpaduan kaum, agama

(Visited 207 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button