Nasionalpilihan

Bajet 2023: Kadar RMT dinaikkan, kerajaan peruntuk RM777 juta

MENTERI Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin menzahirkan rasa syukur apabila usaha Kementerian pendidikan (KPM) untuk meningkatkan kadar Rancangan Makanan Tambahan (RMT) diluluskan dalam Bajet 2023.

Menteri Kanan Pendidikan itu berkata, peruntukan RM777 juta yang diumumkan Kementerian Kewangan, akan memberi manfaat kepada 813,393 murid penerima RMT.

“Syukur Alhamdulillah, usaha KPM untuk meningkatkan kadar RMT telah diluluskan dalam Bajet 2023.

“Kadar yang dulunya RM2.50 bagi Semenanjung kini dinaikkan kepada RM3.50. Bagi Sabah, Sarawak dan Labuan pula kadar dinaikkan daripada RM3 ke RM4.

“Kadar ini akan bermula bulan ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook rasminya.

Terdahulu Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz mengumumkan kenaikan kadar program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) berkuat kuasa bulan ini.

Menurut Tengku Zafrul, kerajaan telah menaikkan kadar RMT daripada RM2.50 kepada RM3.50 bagi Semenanjung manakala bagi Sabah, Sarawak dan Labuan pula, kadar RMT ditingkatkan daripada RM3 kepada RM4.

“Bagi memastikan pelajar sekolah yang susah mendapat makanan yang berkhasiat
kerajaan telah menambah baik RMT pada bajet 2020 dengan menambah bekalan susu kepada murid setiap hari.

“Bagi meneruskan program ini kerajaan telah menaikkan kadar RMT daripada RM2.50 kepada RM3.50 untuk semenanjung dan RM3 kepada RM4 untuk Sabah Sarawak dan Labuan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam pembentangan Belanjawan 2023 di parlimen di sini, hari ini.

Tambah Tengku Zafrul lagi, sejumlah RM777 juta telah disediakan untuk program ini berbanding RM280 juta tahun sebelum ini.

“Dengan itu lebih 800 ribu murid dan 7,300 pengusaha kantin dan pembekal susu tempatan bakal menerima manfaat daripada program RMT ini,” ujarnya lagi.

Untuk rekod, kali terakhir kadar RMT disemak semula adalah sekitar tujuh tahun lalu pada tahun 2015. – SM

 

(Visited 553 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button