Hiburan

Janganlah kaitkan semua wanita bercinta dengan saya

SERING berbasikal dengan wanita yang sama pun sudah boleh menjadi isu untuk digosipkan bercinta.

Itulah yang terjadi kepada pelawak, Zizan Razak yang menafikan dia bercinta dengan penyampai berita Hawa Rizwana Ahmad Redzuan.

Mengulas mengenai gosip tersebut, jelas Zizan, dia tidak menganggap apa yang diperkatakan peminat mengenai hubungannya bersama Hawa sebagai sesuatu yang serius.

“Saya rasa kelakar bila orang cuba nak jodohkan saya dengan dia (Hawa) padahal tiada apa-apa hubungan serius pun di antara kami.

“Lagipun saya dah lama dalam industri ini dan dia masih baru. Biarlah dia naik disebabkan kerjaya dia dan bukannya kerana gosip-gosip seperti yang diperkatakan.

wanita
Gambar Zizan bersama Hawa. Gambar dari IG Zizan Razak

“Lagipun saya juga tidak mahu bila ada sahaja wanita yang saya rapat atau sering berjumpa, semua dikaitkan untuk menjadi kekasih saya,” katanya.

Zizan berkata demikian selepas majlis pelancaran produk Wholly Fitz yang berlangsung di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menceritakan hal sebenar yang berlaku di antara dia dan Hawa, jelas Zizan, hubungan mereka hanyalah seperti abang dan adik.

BACA> Ford Mustang paling laku di SMI Cars

Menurut pelakon filem Mael Lambong itu, dia tidak menyimpan sebarang perasaan istimewa pub terhadap wanita tersebut.

“Bila saya berbasikal dengan dia itu sebenarnya hanyalah kebetulan. Lagipun kami berhubung memang sebab basikal sahaja.

“Kadang-kadang dia tanya nak ikut dia berbasikal ke tidak. Kadang-kadang saya pula tanya dia.

BACA> Covid-19: Aishwarya Rai dan anak perempuan sesak nafas, dikejarkan ke hospital

“Berhubung itu memang berkenaan basikal sahaja. Kalau hal-hal lain macam nak ajak lepak minum atau lain-lain memang tak ada,” jelasnya.

Bagi Zizan, Hawa adalah seorang yang sangat komited dengan kerjayanya dan dia juga tidak mahu gosip seperti ini mengganggu reputasi wanita itu.

(Visited 432 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button