fbpx
Nasional

Ford Mustang paling laku di SMI Cars

Kereta sport jenis Ford Mustang antara yang menjadi pilihan utama pembeli di SMI Cars selain beberapa kenderaan mewah yang lain.

Pengarah Urusan SMI Cars, Irene Deanna Datuk Marof Khan berkata, pihaknya telah menyediakan 100 buah kereta Ford Mustang untuk dimiliki pembeli.

“Sebanyak 100 buah Ford Mustang telah tersedia di SMI Cars dan pembeli tidak perlu menunggu lama.

“Malah, kita juga turut memberikan promosi antara 30 ke 40 peratus bagi kereta yang terpilih selain daripada diskaun 50 peratus yang diumumkan kerajaan,” katanya.

SMI CARS
Pengarah Urusan SMI Cars, Irene Deanna Datuk Marof Khan

Irene berkata demikian sewaktu majlis pelancaran cawangan terbaharu SMI Cars dan Jualan Merdeka di Jalan Ampang, Kuala Lumpur.


Menurut Irene, orang ramai boleh berkunjung ke lokasi terbaharu SMI Cars untuk menikmati tawaran terendah bagi setiap kenderaan yang dijual.

Sementara itu, Datuk SM Zulkifli berkata, walaupun SMI Cars belum memulakan perniagaan, tetapi tempahan yang diterima sangat menggalakkan.

SMI CARS
Datuk SM Zulkifli SM Amin

“Memang banyak tempahan yang kita terima dan ini menampakkan keyakinan baharu buat pembeli selepas perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Saya dah alami krisis dalam perniagaan ini pada tahun 1984 dan 1997. Berniaga ini memang ada naik dan turun.

“Cuma buat masa sekarang, selepas PKP, orang ramai sudah mula yakin untuk membuat pembelian terutamanya melibatkan kenderaan,” katanya.

SMI CARS

Jelasnya, usaha kerajaan dengan tindakan segera semasa Covid-19 juga banyak membantu mengurangkan beban bukan sahaja kepada rakyat, tetapi juga kepada peniaga.

Tambahnya, disebabkan itu juga SMI Cars masih boleh terus beroperasi dan mengekalkan perniagaan tanpa membuang mana-mana pekerja. -SM

Show More

Related Articles

Back to top button