NasionalNegeri

Pelihara adat, patuh syariat Islam – Pemangku Raja Perlis

ADAT warisan yang diamalkan dalam kehidupan masyarakat Melayu secara turun-temurun perlu dipelihara supaya terus kekal terpelihara sehingga ke generasi seterusnya.

Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, namun begitu, harus diingat bahawa adat warisan yang diamalkan tidak dapat ‘membatalkan’ hukum hakam yang telah ditetapkan oleh syarak.

Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah semasa mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Adat Istiadat Melayu Perlis sidang pertama bagi tahun 2023 di Wisma MAIPs Kangar.

“Inilah pegangan kita yang berpegang teguh kepada Ahli al-Sunnah wa al-Jamaah,” titah Baginda.

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah demikian ketika berangkat mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Adat Istiadat Melayu Perlis sidang pertama bagi tahun 2023 di Wisma MAIPs, Pengkalan Asam, Kangar.

Baginda bertitah, walaupun terdapat pepatah Melayu yang menyatakan “biar mati anak jangan mati adat” tetapi ia harus kena pada tempatnya.

“Ini kerana syariat yang merupakan undang-undang atau perlembagaan hidup masyarakat Melayu khasnya masyarakat Melayu Perlis perlu diberikan keutamaan kerana kedudukannya mengatasi adat resam yang telah diamalkan,” titah Baginda.

Tuanku Syed Faizuddin Putra ketika berkenan mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Adat Istiadat Melayu Perlis sidang pertama bagi tahun 2023 di Wisma MAIPs.

Titah Baginda, kelestarian adat resam warisan masyarakat Melayu Perlis hanya berlaku apabila adat resam tersebut sama sekali tidak bertentangan dengan syarak.

Baginda bertitah, Islam sendiri telah mengiktiraf adat resam dalam masyarakat Melayu Perlis dan boleh diangkat menjadi hukum yang diguna pakai di sisi syariat sekiranya menepati syarat sesuatu ‘urf sebagaimana yang telah dibincangkan oleh ulama usul fiqh’. – SM

BACA Kekalkan seni budaya di Perlis – Raja Muda

BACA Bersama fahami al Quran dan hadis-Raja Muda Perlis

(Visited 160 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button