Hiburan

Dituduh salah guna kuasa, Eizlan Yusof ambil tindakan undang-undang terhadap Hans Isaac

TUDUHAN yang dilemparkan oleh bekas pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) Datuk Hans Isaac terhadap salah guna kuasa melibatkan orang dalaman Finas dengan produksi luar adalah tidak berasas sama sekali.

Ahli Lembaga Pengarah Finas, Datuk Seri Eizlan Yusof berkata, Hans memberitahu salah guna kuasa melibatkan dirinya bersama syarikat produksi Excellent Pictures Sdn. Bhd.

“Saya menzahirkan kekecewaan atas tuduhan melulu dan tidak berasas yang dilontarkan Hans yang telah mencemarkan nama, imej dan reputasi saya.

“Untuk makluman, syarikat tersebut tiada sebarang kaitan dengan saya sama ada sebagai pengarah mahupun pemegang sahamnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Eizlan, Hans memberitahu yang yarikat tersebut dikatakan ada menerima geran Dana Kandungan Digital (DKD) daripada pihak Finas.

Jelasnya, tuduhan yang dibuat pada 16 November lalu oleh Hans melalui kumpulan WhatsApp Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) mempunyai ahli melebihi 200 orang dalam kumpulan Whatsapp tersebut.

“Dakwaan palsu Hans ini secara langsung telah menular dan masih berlarutan sehingga mencalarkan nama baik dan reputasi saya, mengganggu fokus dan menerima tekanan daripada pelbagai pihak.

“Ini juga memberi kesan secara langsung kepada karier dan perniagaan saya.

“Perkara ini tidak seharusnya berlaku kerana imej dan reputasi saya telah terkesan akibat dusta
tersebut, khasnya saya selaku Ahli Perbadanan FINAS dan kredibiliti saya selaku penggiat industri kreatif yang telah berkecimpung selama lebih daripada 20 tahun,” jelasnya.

Tambah Eizlan, dia juga telah melantik peguamcara, Tetuan Shaharudinali Azfarazmi & Co dan tindakan guaman terhadap Hans sedang berjalan. -SM

(Visited 463 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button