HiburanUncategorized

Ibu kaki hutang dan penipu, Han So Hee terpaksa minta maaf

SIRI drama Korea Selatan, The World Of Married sebelum ini menjadi tumpuan dan berjaya mengumpulkan ramai peminat terutamanya di Malaysia.

Namun, disebalik kejayaan drama itu, ada perkara yang tidak manis berlaku melibatkan seorang daripada pelakonnya iaitu Han So Hee.

Ketika nama Han So Hee mula meniti di bibir peminat, ada yang tergamak menggunakan nama pelakon itu untuk mengaut keuntungan.

Orang itu pula ialah ibu kepada So Hee yang didakwa telah melakukan penipuan kepada sejumlah orang dengan keuntungan mencecah RM8,700 sebulan.

Penipuan tersebut sama seperti aktiviti ‘main kutu’ yang dijalankan di sini di mana setiap ahli akan menerima wang kutipan mengikut giliran yang ditetapkan.

BACA> Pengurus Adele dibayar RM54 juta setahun

Ibu So Hee didakwa hanya mengambil duit tersebut dan seterusnya menghilangkan diri.

Menurut laporan Soompi, mangsa yang terlibat dengan penipuan tersebut benar-benar kecewa dan inginkan duit mereka kembali.

Sementara itu, So Hee yang mula sedar mengenai isu tersebut telah memuat naik kenyataan maaf di blognya dan berjanji untuk memulangkan semula duit mangsa kepada penipuan ibunya.

“Saya minta maaf kepada semua mangsa yang menjadi penipuan ibu saya. Hati saya sendiri luluh bila mengetahui apa yang terjadi,” jelasnya.

Menurut So Hee, dia sebelum ini tinggal bersama neneknya pada usia 5 tahun kerana penceraian ibu bapanya.

BACA> Realiti kehidupan Orang Asli diangkat jadi drama

Sejak itu dia sudah mula jauh daripada ibunya.

“Ibu memang banyak berhutang sebelum ini dah saya sudah mula membayar sejak sebelum saya berlakon lagi.

“Tetapi, selepas nama saya semakin di dikenali, ibu mula berhutang lagi dan menggunakan nama saya sebagai jaminan untuk membayarnya kembali,” ujarnya.

Jelasnya, dia amat kesal dengan apa yang dilakukan ibunya dan berharap supaya semua mangsa akan memaafkannya. -SM

(Visited 814 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button