fbpx
Hiburan

Pengurus Adele dibayar RM54 juta setahun

PENGURUS kepada Adele dilaporkan membayar dirinya sendiri sebanyak RM54 juta walaupun penyanyi itu tidak mengeluarkan sebarang single atau album baharu pada tahun lepas.

Jonathan Dickins dilaporkan mengambil duit syarikat pengurusan September Management sebagai upahnya menguruskan Adele.

Setakat ini, syarikat tersebut telah membuat 10.8 juta keuntungan tahun lalu dan mempunyai simpanan berjumlah RM86.4 juta.

Syarikat kedua Adele iaitu Melted Stone Ltd juga dilaporkan mempunyai kewangan semasa yang kukuh dengan angka mencecah RM237 juta.

BACA> Bertunang: Zizan Razak ucap tahniah kepada ‘Zizan Razak’

Menurut laporan Daily Mail, Dickins memberitahu yang Adele bakal tampil dengan album terbaharunya tidak lama lagi.


“Ada yang kata album tersebut akan keluar pada September. Setakat ini belum ada pengesahan rasmi berkenaan album keempat itu.

“Kita semua berada dalam situasi yang sama. Kita saling buat kerja dan tiba-tiba satu dunia terpaksa berhenti kerana Covid-19.

“Sebab itu saya tidak boleh sahkan bila tarikh rasmi album Adele akan dikeluarkan,” katanya yang turut memberitahu album tersebut masih dalam fasa pembikinan.

BACA> Rosma sedar diri, tak kisah dilabel sendu

Album pertama Adele berjudul 19 dikeluarkan pada 2008 dan diikuti 21 pada 2011 dan 25 pada 2015.

Sumber rapat kepada Adele juga mengatakan yang penyanyi itu sudah bersedia untuk tampil dengan album baharu selepas dia bercerai engan suaminya, Simon Konecki pada April tahun lalu. -SM

Show More

Related Articles

Back to top button