Nasional

Peratus penduduk Kampung Bharu setuju: Khalid Samad tipu?

BEKAS Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad dituduh menipu fakta apabila sebelum ini mengatakan 90 peratus penduduk Kampung Bharu sudah bersetuju supaya tanah mereka dibangunkan.

Ini ekoran kenyataan terbaharu Khalid bahawa hanya 60 peratus sahaja yang bersetuju.

Dua fakta berbeza yang diberikan Khalid itu menimbulkan tanda tanya.

“YB Khalid Samad, peratus persetujuan pun tipu juga ke? Dulu cakap 90 peratus pemilik tanah Kampung Bharu dah setuju? Sekarang tukar pula 60 peratus?

“Kalau betul kenapa tak beli tanah pemilik yang dah bersetuju tu dulu? Manalah nak dapat 100 peratus. Nampak sangar ‘gurau senda’.

“Tanah Kampung Bharu bukan tanah setinggan,” kata bekas Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Pada 5 Oktober 2019, media melaporkan kenyataan Khalid bahawa kira-kira 90 peratus penduduk di Kampung Bharu sudah bersetuju menyerahkan tanah mereka untuk dibangunkan.

Harga yang dipersetujui ketika itu ialah RM850 sekaki persegi.

Pada Mac lalu, Khalid berkata menerusi perjumpaan yang dijalankan pihak Perbadanan Pembangunan Kampong Bahru (PKB), lebih 60 peratus daripada 5,374 pemilik tanah di kampung berkenaan telah bersetuju untuk menjual tanah mereka bagi menjayakan pelan pembangunan berkenaan.-sm

(Visited 203 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button