Hiburan

Jangan harap pawagam semata-mata, perlu lebih kreatif

DUNIA seni terutamanya bidang perfileman sangat terganggu dek kerana pandemik COVID-19.

Banyak filem tempatan mahupun antarabangsa yang sudah dirancang tayangannya pada tahun ini sudah mula dianjak ke tahun hadapan.

Ramai penerbit filem yang enggan mengambil risiko untuk membikin filem kerana khuatir dengan sambutan penonton di panggung wayang.

Namun, bagi penerbit, Faizaul Hasanah Hussain, dia beranggapan bahawa pandemik Covid-19 ini sebenarnya membuka ruang kepada penggiat seni untuk memasarkan karya mereka mengikut perubahan semasa.

“Siapa pernah meramal yang kehidupan kita juga akan berubah dengan mematuhi pelbagai SOP? Begitu juga dengan filem, perubahan ini yang sedang kita lalui hari ini.

BACA> Ara Johari dituduh ambil ‘barang’, minum arak

“Apa pun yang terjadi, industri filem tetap akan hidup. Cuma caranya mungkin berubah dengan pelbagai SOP yang perlu dipatuhi.

“Sebagai penerbit filem, kita perlu berani menghadapi situasi ini dan bersikap optimis,” kata wanita yang lebih mesra disapa dengan panggilan Hana ini lagi.

Menurut Hana, sebagai penerbit, dia mengakui kutipan di panggung tidak boleh dijadikan sebagai penanda aras semata-mata dan perlu lebih kreatif untuk menggunakan platform lain.

Jelasnya, selain pawagam, menjual filem kepada stesen televisyen atau platform digital yang popular ketika ini juga sebenarnya boleh memberi pulangan yang baik.

“Bukan sahaja penerbit dalam pulangan, tetapi kita juga dapat menyuburkan industri seni supaya tidak mati kerana tiada sebarang karya baharu.

BACA> Fazura merajuk dengan Fattah Amin kerana sandwich

“Malah, bukan penerbit sahaja yang dapat pulangan, kru produksi juga akan mendapat pekerjaan untuk menampung kehidupan mereka,” katanya.

Dalam pada itu, Hana yang bakal menerbitkan filem lagenda urban Sarawak berjudul Janet-Sumpahan Terlarang berkata, dia yakin yang filem itu akan mendapat sambutan yang baik.

Antara barisan pelakon bagi filem Janet – Sumpahan Terlarang.

“Naskhah filem ini diambil daripada sebuah kisah legenda urban Sarawak itu cukup popular dalam kalangan penduduk di sana sekitar tahun 60-an dan 70-an dahulu,” katanya.

Diarahkan oleh Mohd Azhar Mohd Khalid atau lebih mesra dipanggil Apache, antara pelakon yang terlibat termasuklah Safar Ghafar, Bulan Terry, Aliff Hadi, Ifa Raziah, Esma Daniel dan Ropie Cecupak. -SM

(Visited 226 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button