Hiburan

Ozlynn kongsi keperitan Johan, Zizan bergelar pelawak

TUGAS utama seorang pelawak ialah untuk menghiburkan dan membuat orang ketawa tanpa mengira masa dan situasi.

Walaupun berada dalam keadaan sedih, tetap akan ada manusia yang datang meminta pelawak membuat mereka tertawa.

Perkara itu dikongsikan Ozlyn, isteri kepada pelawak, Johan menerusi satu status yang dimuat naik di akaun Instagramnya.

“Kadang-kadang orang tak faham, bila jumpa nak suruh buat kelakar.

“Hidup dengan mereka berdua (Johan dan Zizan) ni, kadang-kadang tengah teman mereka menangis, tiba-tiba ada orang datang minta gambar, terus senyum.

“Walaupun jita dan hati tengah bersedih, tetap mereka jaga hati kita,” katanya.

Turut disertakan bersama status tersebut ialah gambar Johan dan Zizan yang sedang tidur dan gambar itu ternyata mencuit hati peminat.

Namun, rata-rata mereka menyatakan sokongan terhadap kedua-dua pelawak tersebut dan berharap mereka terus kekal menghiburkan peminat. -SM

(Visited 576 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button