Hiburan

Pengurus media sosial ibu Neelofa nafi buat tulisan pertikai Sultan Johor

PENGURUS media sosial kepada ibu usahawan dan selebriti, Neelofa iaitu Noor Kartini telah menafikan telah menulis ayat berbaur pertikaian terhadap Sultan Johor.

Wanita tersebut yang bernama Zulshafiqah Zulkafli berkata, tangkap layar yang tular itu sebenarnya adalah atas tujuan rujukannya sahaja.

“Tiada sebarang niat untuk memuat naik tangkap layar tersebut di akaun Instagram Datin Noor Kartini atau instagram peribadi saya.

“Saya juga ingin menjelaskan gambar dan tulisan asal yang dipaparkan adalah bukan daripada penulisan saya mahupun Datin Noor Kartini sendiri,” katanya.

Dalam pada itu, Zulshafiqah turut memohon maaf kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Johor dan keluarga Datin Noor Kartini.


Semalam tular di laman sosial sekeping gambar yang disertakan dengan ayat seolah-olah mempertikai Sultan Johor.

Gambar itu telah dimuat naik di akaun Instagram ibu Neelofa tanpa pengetahuannya dan satu laporan polis juga telah dibuat berkenaan perkara tersebut. -SM

(Visited 199 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button