Hiburan

Diva Azwan Ali bekerjsama dengan polis, maki individu langgar SOP

Pengacara popular Azwan Ali atau lebih sinonim dengan panggilan Diva AA telah bekerjasama dengan saluran YouTube PDRAM RMP TV.

Ia adalah kerjasama menerusi satu penerbitan video membabitkan Diva AA yang menegur individu melanggar SOP.

“Perutusan khas ini akan menegur, mema** hamun sempudal-sempudal yang tengah berlonggok tengok YouTube ini. Antaranya puak-puak yang menggelupur yang tak ikut #kitajagakita #stayathome dan Diva AA nak tambah satu lagi #kitajagamakkita.

“Kalau kau yang menggelupur balik kampung rentas negeri siap menipu polis, mesej maki ni ditujukan untuk orang macam kau. Sebab kau menggelupur balik kampung kononya rindu ayah dan ibu,” ujarnya.

Menerusi video berkenaan juga, Diva AA menyatakan perbuatan itu telah menyusahkan pihak polis untuk membuat pemeriksaan.

Ujarnya, ternyata perbuatan sedemikian juga boleh mengakibatkan kes positif Covid-19 meningkat.

“Kepada sempudal-sempudal yang menggelupur, shopping sesak-sesak keluar masuk mall, hello ko ingat ko Diva AA ke catwalk masuk mall walaupun dua jam jer.

“Tak payah nak menggelupur shopping tempat sesak-sesak ni. Semua tu kawasan pembawa virus Covid-19,” tegasnya.

Dalam pada itu, menerusi caption video berkenaan, ia adalah sebuah video dokumentari khas berkenaan kempen perintah kawalan pergerakan (PKP).

Difahamkan rakaman video berkenaan telah dibuat di Maktab PDRM dan setakat ini video membabitkan Diva AA baru ditayangkan episod pertama. -SM

(Visited 504 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button