Hiburanpilihan

Susan Lankester puji hotel jadi pusat sehenti golongan susah, gelandangan

RAMAI yang sudah sedia maklum bahawa Hotel Grand Seasons yang terletak berhadapan dengan Hospital Kuala Lumpur sudah lama ditutup dan tidak beroperasi.

Dalam pandemik yang melanda negara sekarang, Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa telah mengambil keputusan untuk menjadikan bangunan tersebut sebagai pusat sehenti untuk golongan yang memerlukan.

Perkara itu turut mendapat respon yang baik daripada pelakon, Susan Lankester antara yang memuji tindakan diambil Annuar.

“Grand Seasons KL sudah ditutup dua tahun yang lalu dan mengambil tindakan untuk bekerjasama dengan kerajaan dengan menyediakan 300 bilik bagi golongan yang memerlukan.

“Dapur yang besar di hotel tersebut juga akan digunakan untuk memasak makanan bagi yang memerlukan.

“Sangat gembira bila hotel yang ditinggalkan digunakan untuk tujuan yang sangat baik,” katanya. -SM

(Visited 565 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button