Hiburan

Pelakon Veena Kapoor mati dibunuh anak lelakinya

DISEBABKAN hartanah bernilai RM6.4 juta yang menjadi rebutan, aktres Bollywood, Veena Kapoor mati dibunuh anak lelakinya.

Kematian yang amat tragis itu menggemparkan dunia hiburan Bollywood. Veena, 74, dipukul dengan kayu besbol selepas bergaduh dengan anak lelakinya yang sebelum ini menetap di Amerika Syarikat (AS).

Mengalami kecederaan yang teruk akibat pukulan, mayat mendiang dikatakan dibuang berdekatan Matherandi daerah Raigad, Mumbai dalam keadaan menyayat hati.

Polis bertindak pantas dengan menahan tertuduh, Sachin Kapoor, 43, dan individu yang didakwa bersubahat dengannya iaitu Chhotu atau nama sebenarnya, Lalu Kumar Mandal, 25.

Kedua-dua suspek mengaku bersalah menyebabkan kematian Veena.

Terdahulu, kehilangan aktres itu mulai dihidu oleh pengawal keselamatan kediaman Kapoor yang bertindak memaklumkan Polis Juhu.

Veena pernah berlakon dalam filem berjudul Mitter Pyare Nu Haal Mureedan Da Kehna, Dal: The Gang dan Bandhan Pheron. – SM

(Visited 318 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button