JenayahNasionalNegeri

Gadis gadai barang kemas ibu takut digertak “macau scam”

TAKUT dengan gertakan scammer, seorang gadis telah menjadi hilang arah sehingga sanggup mengadai barang kemas milik ibunya.

Akibatnya satu keluarga ini terpaksa berputih mata apabila sejumlah RM40,000 telah masuk ke akaun macau scam.

Perkara ini didedahkan oleh Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner, Yusharifuddin Mohd Yusop setelah Bahagian Siasatan Jenayah Komersial menerima laporan oleh penganggur berusia 24 tahun ini pada pukul 7. 29 malam tadi (11 Disember).

Beliau berkata, dalam laporan itu mangsa yang tinggal di Padang Besar bersama ibu dan bapanya ini telah diperangkap oleh macau scam ini menerusi panggilan yang mendakwa dari sebuah syarikat kurier.

“Pemanggil (suspek) mendakwa mangsa mempunyai kiriman bungkusan terlarang ke Sarawak,” kata Yusharifuddin dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya, suspek terus menyambungkan panggilan kepada pegawai polis yang dikenali “Sarjan Nur Amira” bagi membuat laporan.

Sekali lagi katanya, panggilan itu disambungkan pula kepada pegawai Bank Negara bagi memerangkap mangsa.

Yusharifuddin berkata, suspek telah mengarahkan mangsa u
mengeluarkan wang dari kesemua akaunnya.

Katanya, langkah itu untuk keselamatan akaun bank dan suspek mengarah mangsa memasukkan wang ke dalam akaun yang diberikan.

Tambahnya, mangsa yang percaya kemudiannya telah memindahkan wang berjumlah RM8,150 dari akaun milik ibu dan ayahnya ke dalam empat akaun individu berbeza.

“Tidak cukup dengan itu, mangsa juga terpaksa mengadaikan barang kemas milik ibunya berusia 70-an itu yang bernilai RM33,850 dan kemudiannya dimasukkan ke akaun suspek,” katanya.

Katanya, mangsa melaporkan telah melakukan lima transaksi ke dalam empat akaun individu berbeza ini sehingga hampir berjumlah RM40,000 mulai 28 November sehingga 8 Disember lalu.

Yusharifuddin berkata, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan (KK) kerana menipu.

Tambah beliau, hasil siasatan awal telah mendapati akaun bank yang digunakan oleh suspek mempunyai dua laporan polis bersangkut kontinjen luar. – SM

(Visited 277 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button