Politik

Annuar Musa dan dua lagi dilucut keahlian UMNO

Surat pelucutan diserahkan oleh Setiausaha parti

BEKAS Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa hari ini mengesahkan menerima surat pelucutan keahlian UMNO daripada Setiausaha Agung parti itu, Datuk Ahmad Maslan.

Annuar yang juga bekas Ketua UMNO Bahagian Ketereh berkata, beliau menerima surat pelucutan keahlian itu dengan berlapang dada dan akan menjawabnya dalam masa sehari dua lagi.

“Surat hanya menyebut seksyen berkaitan tanpa sebutan spesifik perbuatan atau tuduhan yang terkait dengannya.

“Apapun saya menerimanya secara berlapang dada,” katanya Annuar menerusi catatan beliau di Facebook miliknya.

Pada 9 Disember lalu, Ahmad atau Mat Maslan mengesahkan bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) itu antara tiga pemimpin akar umbi UMNO yang dipecat keahlian masing-masing dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT).

Untuk rekod, Annuar bersama UMNO sejak 1979 iaitu 43 tahun. Bagaimana pun beliau digugurkan daripada senarai calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada 19 November, baru-baru ini.

Annuar sebelum ini dilabel sebagai “mesra Bersatu” oleh penyokong UMNO kerana desakannya untuk menyatukan parti itu dengan PAS dan Bersatu.

Dua lagi ahli UMNO yang dilucutkan keahlian adalah Ketua Wanita UMNO Bahagian Arau Datin Seri Shamsiah Yasin yang juga isteri bekas Ketua UMNO Bahagian itu, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Seorang lagi yang dipecat ialah Ketua Wanita UMNO Bahagian Maran, Fatimah Kassim yang juga isteri penyandang kerusi Parlimen Maran, Ismail Abd Muttalib. – SM

 

(Visited 210 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button