Hiburan

Fazura merajuk dengan Fattah Amin kerana sandwich

LUMRAH bagi seorang wanita mengandung untuk mengidam sesuatu sepanjang proses kehamilan.

Perkara itu juga terjadi kepada pelakon, Nur Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin yang memarahi suaminya hanya kerana sandwich.

Bercerita mengenai perkara tersebut, Fazura mengakui sepanjang kehamilannya, dia agak cerewet bila menyentuh kehamilan.

“Sebelum kehamilan, saya memang gemar nak makan masakan Melayu, tetapi semasa hamil, tak tahu kenapa jadi macam kurang selera nak makan.

“Pernah satu hari, Fattah bawak balik sandwich yang mempunyai sos dan mayonis. Dua bahan itu memang saya tidak gemar.

BACA> Almy Nadia masuk hospital, belum tahu apa punca

“Saya mula-mula memang teruja nak makan tapi bila lihat ada dua bahan itu, saya terus menangis,” katanya.

Menurut Fazura, Fattah terus memujuknya sebelum dia keluar semula untuk membeli sandwich yang baru tanpa kedua-dua bahan tersebut.

Kesungguhan Fattah itu yang membuatkan Fazura begitu kagum dengan kesabaran yang dimiliki suaminya untuk melayan sikapnya sepanjang kehamilan.

“Saya memang kasihan sangat dekat dia dan selalu meminta maaf kepadanya kerana terpaksa melayan sikap saya ini,” jelasnya.

Fazura berkata demikian ketika ditemui di majlis Tea Party With Fazura di Sungai Buloh, Selangor petang tadi.

BACA> Cinta ditolak wanita celik, Fendy Caliph Buskers bikin lagu

Sementara itu, Fazura turut melancarkan produk penjagaan kulit muka yang diberi nama Fazura Skincare.

Penyelidikan dan kajian berkenaan produk itu menurut Fazura dimulakan sejak awal tahun lalu dan dia yang menjadi testimoni.

“Saya akan cuba produk tersebut terlebih dahulu untuk memastikan keberkesanannya barulah kita umumkan produk ini untuk jualan,” ujarnya.

Tambah Fazura, set eksklusif tersebut lengkap dengan pencuci wajah, skrub wajah, krim siang dan malam juga serum bersaiz mini pada harga RM89.90 satu set. -SM

(Visited 456 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button