Nasional

Jangan membabi buta sumbat pesalah PKP ke penjara

PEGUAM menyarankan semua pihak tidak membabi buta untuk memenjarakan kesemua pesalah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Haniff Khatri Abdullah mencadangkan mereka yang ditahan perlu dibebas dengan jaminan polis dan dibicarakan hanya selepas wabak COVID-19 berakhir.

“Bagi yang mengaku bersalah ada hukuman sampingan undang-undang membenarkan hukuman khidmat masyarakat, kerana mengabaikan keselamatan kesihatan negara.

“Pesalah boleh diperintahkan membersihkan rumah orang tua-tua contohnya dan pesalah boleh membuat panggilan video bagi memaklumkan kepada polis dia telah berada di rumah,” katanya hari ini.

Kata beliau, tindakan semberono memenjarakan pesalah akan menyebabkan penularan wabak berkenaan dalam kalangan pesalah di lokap dan penjara.

Apatah lagi kesesakan di penjara dan lokap, kata Haniff, menyukar penjarakan sosial dilaksanakan bagi mengelakkan penularan penyakit.

BACA: ‘Penjara di Malaysia sudah cukup sesak’

https://www.malaysiakini.com/news/518781

Selain itu, katanya, anggota polis yang bertugas dan warden penjara juga akan terdedah kepada dijangkitan COVID-19.

Haniff juga berkata, keperluan untuk menahan bagi siasatan lanjut juga tidak perlu kerana ia berlaku di hadapan anggota polis dan pegawai Kementerian Kesihatan.

Ia, kata beliau bukan seperti kes bunuh yang memerlukan siasatan lanjut, kerana kes adalah jelas.

Oleh itu suspek berkenaan perlu dibenarkan pulang ke rumah dengan jaminan polis sehingga dituduh.

“Mereka tidak boleh lari kerana memang perlu ada di rumah, jika mereka yang mengaku bersalah boleh dikenakan hukuman khidmat negara,” katanya.

BACA JUGA:

Haniff juga menyentuh soal jaminan yang terlalu tinggi terutama bagi golongan B40 jika dikenakan jaminan RM1,000 ia akan menjejaskan kehidupan mereka sekeluarga khususnya dalam keadaan sekarang.

Bagaimanapun, kata beliau, jika jaminan RM1,000 dikenakan kepada golongan M40 ia tidak akan menimbulkan masalah.

Oleh itu beliau menekankan supaya sebarang keputusan dibuat turut diambil kira latar belakang tertuduh.

Beliau menyokong jaminan yang lebih tinggi dikenakan kepada golongan M40 yang melanggar PKP dan bagi sesetengah kes membabitkan B40 jika diperlukan.

Beliau berkata, semua pihak diingat supaya tidak terlalu beremosi walaupun tindakan melanggarkan PKP adalah membahayakan orang ramai dan negara, tetapi jika pesalah dipenjara masalah baharu akan wujud. – SM

AUDIO Haniff Khatri ulas penahanan pesalah PKP

 

(Visited 382 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button