Nasional

Rakyat tempatan terkandas di Uganda dibawa pulang

LAPAN orang rakyat tempatan yang terkandas di Uganda selepas negara itu menutup pintu sempadan mereka telah berjaya di bawa pulang pagi tadi.

Tindakan negara tersebut untuk menutup kesemua pintu sempadan mereka adalah untuk mengekang penularan virus Covid-19.

Difahamkan, kesemua mereka tiba kira-kira pukul 8.25 pagi tadi.

Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Kamarudin Jaffar berkata, rakyat Malaysia terbabit dibawa pulang dengan menggunakan penerbangan sewaan khas dari Uganda ke Tanzania.

BACA> Anwar rasmi Ketua Pembangkang Parlimen

“Kemudian, mereka dibawa pula menggunakan penerbangan komersial Qatar Airways dari Tanzania ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).


“Repatriasi ini dibiayai secara bersama oleh kerajaan dengan rakyat tempatan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Kamarudin yang juga Pengerusi Pasukan Khas Petugas Covid-19, semua rakyat tempatan itu perlu menjalani proses saringan kesihatan dan proses kuarantin di rumah selama 14 hari.

Jelasnya, kerajaan Malaysia juga merakamkan penghargaan kepada Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Nairobi, Kenya dan Konsul Kehormat Malaysia di Uganda, Habib Kagimu.

BACA> Ketua Wanita DAP rayu ADUN Rahang kembali bersama parti

“Kesemua pihak ini telah membantu rakyat tempatan yang terkandas untuk pulang ke tanah air,” ujarnya.

Tambahnya, Kementerian Luar Negeri melalui Perwakilan-perwakilan Malaysia di luar negara akan sentiasa memantau situasi terkini keadaan rakyat Malaysia di seberang laut bagi memastikan kebajikan mereka terpelihara. -SM

(Visited 36 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button