Jenayah

30 warga asing ditahan adakan jamuan makan

Kira-kira 30 warga asing bersama seorang wanita tempatan ditahan oleh pihak polis kerana mengadakan jamuan makan di sebuah rumah di Taman Selayang Utama, Batu Caves, di sini pada pagi Selasa.

Tindakan warga asing berkenaan mengadakan jamuan makan menyalahi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Hasil siasatan mendapati sebahagian besar daripada warga asing itu tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah selain Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang tamat tempoh.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, kesemua mereka berusia antara 20 hingga 40 tahun.

“Daripada 30 warga asing ini hanya empat orang mempunyai dokumen perjalanan yang sah manakala enam memiliki PLKS yang telah tamat tempoh dan 20 lagi tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan yang sah,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa


Kesemua warga asing tersebut akan dibawa ke Mahkamah Majistret Selayang hari ini untuk permohonan reman manakala wanita tempatan terbabit dikenakan kompaun RM4,000.

(Visited 87 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button