fbpx
Luar Negara

COVID-19: Kes kematian di Indonesia kini 25 orang

Jumlah kematian akibat virus COVID-19 di Indonesia meningkat kepada 25 orang hari ini.

Menurut Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, Achmad Yurianto, sebanyak enam lagi kes kematian dicatatkan hari ini, berbanding jumlah kematian setakat semalam 19 orang.

“Setakat jam 12 tengah hari ini, kes positif meningkat kepada 309, tambahan 82 kes baharu (semalam jumlah kes positif 227),” katanya dalam sidang media yang disiarkan secara langsung di YouTube rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB), petang ini.

Berdasarkan pecahan kes kematian, Jakarta mencatatkan 17 kes kematian, Jawa Tengah (tiga), Bali (satu), Banten (satu), Jawa Barat (satu), Jawa Timur (satu) dan Sumatera Utara (satu). — BERNAMA


Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button