Luar Negara

Kes Covid-19 di seluruh dunia melepasi 12 juta

KES Covid-19 di seluruh dunia melepas 12 juta pada Rabu dengan bukti semakin kuat bahawa wabak yang telah membunuh lebih setengah juga orang itu juga boleh tersebar melalui udara.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia )WHO) wabak itu tiga kali ganda lebih dahsyat daripada jangkitan akitan influenza setiap tahun.

Negara-negara yang teruk terjejas akibat wabak itu kini mula melonggarkan perintah berkurung bagi memperlahankan penularan, sementara negara seperti China dan Australia melaksanakan perintah kawalan buat kali kedua ekoran gelombang kedua wabak itu.

Pakar berkata, untuk mengawal wabak itu orang ramai perlu mengubah cara hidup mereka sehingga vaksin ditemui.

Kes pertama Covid-19 dilaporkan di China pada awal Januari dan ia mengambil masa 49 hari untuk mencatatkan enam juta kes.

Malah ia hanya mengampil masa 39 hari iaitu satu pertiga untuk naik sekali ganda kepada 16 juta

The number of cases is triple that of severe influenza illnesses recorded annually, according to the World Health Organization.

Memetik laporan Reuters, setakat ini terdapat 546,000 kematian dikaitkan dengan Covid-19 sama banyak dengan kes influenza yang dilaporkan di seluruh dunia dalam tempoh setahun.

Kematian pertama dilaporkan di Wuhan, China pada 10 Januari sebelum jangkitan dan kematian mula merebak ke Eropah dan kemudiannya Amerika Syarikat (AS).

AS mencatatkan rekod kes baharu Covid sebanyak 56,818 pada 3 JUlai ketika kes positif di seluruh dunia mencecah 11 juta.

Di AS sahaja mencatatkan tiga jua kes pada Selasa yang mewakili lebih satu perempat daripada jumlah global.

Presiden Brazil, Jair Bolsonaro juga positif Covid-19 selepas memandang ringan ancaman wabak tersebut.

Negara itu mencatatkan antara 20,000 hingga 50,000 kes baharu sehari sejak 1 Julai, Brazil setakat ini sudah mencatatkan lebih 1.7 juta kes dengan hampir 68,000 kematian.

Laporan menunjukkan wabak itu kini sedang merebak dengan pantas di Amerika Latin. Kombinasi AS dan Brazil mewakili 45 peratus daripada keseluruhan kes baharu di seluruh dunia sejak awal Julai.

India – negara yang jumlah jangkitan ketiga tertinggi – kini bergelut dengan wabak itu apabila lebih 20,000 kes baharu dicatatkan setiap hari.

Dengan kemudahan untuk melakukan saringan yang terhad, jumlah kes itu hanya daripada jumlah keseluruhan penduduknya yang telah dijangkiti wabak itu. – Agensi

 

(Visited 140 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button