Nasional

MP Klang minta KKM tutup sekolah di Daerah Klang

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) diminta mempertimbangkan untuk menutup sekolah-sekolah di Daerah Klang Selangor dengan kadar segera.

Ahli Parlimen Klang Charles Santiago dalam surat kepada Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, daerah tersebut kini dalam Zon Merah Covid-19.

Ibu bapa di kawasan tersebut kini bimbang dengan keselamatan dan kesihatan anak-anak mereka ketika berada di sekolah.

“Kebimbangan ini bertambah apabila warga di dua buah sekolah di Daerah Klang merekodkan kes jangkitan wabak tersebut serta beberapa orang pelajar sekolah terbabit telah diarahkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menjalani kuarantin,” kata Charles.

Jelas beliau seramai 64 orang Yang Dipertua dan Pengerusi Persatuan Ibubapa dan Guru Sekolah-Sekolah Daerah Klang juga telah menghantar rayuan kepada Jabatan Pendidikan Daerah Klang untuk menutup semua sekolah.

Rayuan tersebut berikutan kebimbangan terhadap keselamatan pelajar dan guru serta warga sekolah terhadap ancaman virus tersebut.

“Sehubungan itu saya ingin memohon kerjasama pihak Yang Berhormat agar dapat menasihati Kementerian Pelajaran Malaysia untuk melaksanakan tindakan penutupan semua sekolah-sekolah di Daerah Klang dengan kadar segera bagi memastikan penularan wabak Covid-19 dapat dibendung lebih awal lagi,” kata Charles.

Daerah Klang kini berada dalam Zone Merah dengan 77 kes.-SM

(Visited 535 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button