Nasional

Hamzah disahkan bebas Covid-19

MENTERI Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin disahkan bebas daripada jangkitan wabak Covid-19. Berita itu disampaikan melalui satu kenyataan hari ini di mana susulan daripada kes Menteri Agama yang hadir dalam mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) baru-baru ini, Datuk Dr. Zulkifli yang positif Covid-19.

Hamzah dikatakan turut serta dalam mesyuarat yang diadakan di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Susulan itu, Hamzah telah menjalani ujian saringan pengesanan Covid-19 (swab test) dan akur dengan perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah seperti yang diarahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Keputusan ‘swab test’ tersebut telah diterima pada 6 Oktober lalu dan Hamzah telah disahkan negatif serta bebas dari virus tersebut.

“Keputusan ini turut diumumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan medianya semalam.

Walau bagaimanapun, sebagai langkah keselamatan dan pencegahan, Hamzah akan terus menjalani kuarantin kendiri dan menjalankan tugas-tugas rasmi beliau seperti biasa dari rumah.

Sementara itu, melalui kenyataan yang sama, Setiausaha Politik Hamzah, Sayed Amir Muzzakkir berkata, pihaknya menafikan sekeras-kerasnya berita palsu yang tular dan mendakwa, Menteri Dalam Negeri itu disahkan positif Covid-19.

“Dalam negara berhadapan dengan pandemik dan musuh yang tidak kelihatan, perbuatan mana-mana pihak yang cuba menimbulkan ketidaktenteraman, fitnah dan panik di kalangan masyarakat awam amatlah buruk dan dikeji.

“Pihak Pejabat Menteri Dalam Negeri tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas mana-mana individu yang cuba menyebarkan berita palsu dan menimbulkan panik di kalangan masyarakat awam,” katanya. – SM

 

(Visited 135 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button