fbpx
Politik

Jurucakap kesihatan PKR tidak setuju PKP menyeluruh

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara meluas bagi mengekang penularan wabak Covid-19 di Malaysia boleh dielakkan.

Jurucakap Kesihatan bagi Parti Keadilan Rakyat Dr. Lee Boon Chye berkata, penularan virus maut itu boleh dikawal dengan Perintah Kwalan Pergerakan Diperketatkan secara bersasar.

Malah Covid-19 juga boleh dikawal melalui ujian COVID 19 secara massa serta pengesanan, ujian dan pengasingan kontak rapat dalam tempoh 48 jam.

Justeru, bekas Timbalan Menteri Kesihatan itu menyarankan kepada Kerajaan untuk mengambil 10,000 anggota kesihatan tambahan terdiri daripada kalangan graduan menganggur bagi membuat pengesanan kontak.

“Kerajaan harus menubuhkan satu rangkaian di seluruh negara sebagai petugas khas pengesanan kontak serta merta di mana anggotanya terdiri daripada 10,000 anggota tambahan di Bahagian Kesihatan Awam, Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kerjasama pemimpin masyarakat tempatan.


“Petugas khas ini boleh dilatih dan dibimbing oleh Pegawai Kesihatan Awam untuk tugas pengesanan kontak, untuk memastikan kontak mematuhi Perintah kuarantin, untuk memastikan busines mematuhi SOP, untuk membantu ‘mass testing’ dan sebagainya.

“Mereka boleh diambil dari kalangan graduan yang menganggur dan mereka yang kehilangan pekerjaan semasa pandemik Covid-19,” kata Ahli Parlimen Gopeng itu dalam satu kenyataan hari ini.

Jelas beliau dengan anggaran kos RM2,500 sebulan untuk setiap petugas jumlah kos keseluruhan pengambilan 10,000 petugas tambahan hanya RM300 juta setahun. Jumlah tersebut lebih rendah daripada kerugian yang dialami sekiranya pelaksanaan PKP secara menyeluruh dilaksanakan.

“Saya merayu kepada YAB Perdana Menteri supaya mengarahkan pengambilan petugas khas tersebut secara kontrak dengan kadar segera semasa pengumuman khas pada 11 Januari ini,” kata Boon Chye.

Beliau menegaskan, penggunaan PKP secara meluas merupakan satu kaedah tumpul kerana walaupun berkesan tetapi membawa impak negatif yang besar.

Negara mengamali kerugian sebanyak RM 2,600 juta sehari pada bulan Mac hingga Jun tahun lalu apabila aktiviti ekonomi mengecut 50 peratus kerana pelaksanaan PKP di seluruh negara.

“Sekiranya PKP dilaksanakan di Lembah Kelang sahaja, kerugian sehari dijangka melebihan RM 1,000 juta sehari,” kata Boon Chye.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadual akan membuat pengumuman khas Isnin ini berkenaan tindakan lanjut untuk mengawal penularan Covid-19.

Ketika ini negara menyaksikan kes harian Covid-19 melebihi 2,000 kes sehari dengan tertinggi lebih 3,000 kes beberapa hari lepas.

Keadaan dijangka menjadi lebih teruk dan boleh mencecah 5,000 kes baharu sehari jika tiada langkah drastik diambil berikutan sikap lewa masyarakat dalam mematuhi prosedur operasi standard yang telah ditetapkan.-SM

(Visited 107 times, 1 visits today)

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button