Nasional

Pemilik nasi kandar cetus kluster dipenjara

PEMILIK restoran nasi kandar di Napoh, Alor Setar dihukum penjara lima bulan dan denda RM12,000 oleh Mahkamah Majistret kerana gagal mengikut pematuhan operasi standard (SOP) kerajaan.

Tindakan pemilik restoran itu menjadi pencetus kluster PUI Sivagangga sehingga menyebabkan ramai pelanggan dan penduduk sekitar dijangkiti Covid-19.

Tertuduh, Nezar Mohamed Sabur Batcha, 57, mengaku bersalah ingkar perintah pengawasan dan pemerhatian pada 14 Julai lalu sehingga menyebabkan jangkitan Covid-19 kepada orang ramai.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh didakwa meninggalkan premis ditetapkan untuk menjalani pengawasan dan pemerhatian apabila berada di Bank Rakyat Jitra pada 4.40 petang dan berada di Agro Bank Jitra pada jam 3.58 petang, 14 Julai 2020.

Bagi pertuduhan ketiga dan keempat pula, tertuduh didapati berada di Pusat Khidmat Hasil Kubang Pasu, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pada jam 3.35 petang dan berada di Public Bank Jitra pada jam 3 petang, tarikh sama.

Berikutan itu, dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 15(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih dua tahun dan denda atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan, Timbalan Pendakwa Raya, Zabidah Ahmad, manakala tertuduh tidak diwakili peguam dalam proses pertuduhan yang dilakukan di Wad I, Hospital Alor Setar.

Mohd Hadi kemudian mendapati tertuduh bersalah atas semua pertuduhan dan didenda RM3,000 dan penjara lima bulan bagi setiap kesalahan dilakukan dengan hukuman penjara berjalan serentak. -SM

(Visited 180 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button