Nasional

Hanya 10 kes baru Covid-19 di Malaysia

HANYA 10 kes baru baru Covid-19 dikesan dalam tempoh 24 jam. Jumlah itu adalah yang paling rendah dicatatkan sejak Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan pada 18 Mei lalu.

Daripada 10 kes penularan tempatan tersebut 5 daripadanya melibatkan warga asing. Manakalan 5 kes lagi melibatkan warganegara Malaysia dengan 2 dikesan di Kuala Lumpur, 1 di Pahang dan 2 di Selangor.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berterima kasih kepada masyarakat dan barisan hadapan yang jelas menyumbang kepada penurunan kes Covid-19 di Malaysia.

Sementara itu jumlah pesakit yang sembuh dalam tempoh yang sama adalah seramai 86 orang menjadikan jumlah pulih keseluruhan seramai 6,169 orang.

Menurut Dr. Noor Hisham ketika ini seramai 1,345 orang masih lagi dirawat dengan 8 orang dimasukkan ke unit rawatan rapi dan 4 daripada mereka memerlukan alat bantuan pernafasan.

Dr. Noor Hisham berkata, tiada kes kematian dicatatkan dengan jumlah kematian akibat virus maut itu kekal seramai 115 orang.-SM

 

 

 

(Visited 94 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button