Nasional

UniMAP fokus pemerkasaan dan pembangunan insan

Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) sentiasa memberi fokus kepada aspek pemerkasaan dan pembangunan insan yang holistik sebagai amanah besar yang dipertanggungjawabkan oleh negara.

Selain memastikan kurikulum yang ditawarkan adalah relevan kepada pihak industri, UniMAP sentiasa membuka peluang kepada mahasiswanya untuk bergerak aktif dalam kegiatan ko-kurikulum. Hasil daripada usaha tersebut, sebagai contoh, mahasiswa UniMAP telah berjaya memperoleh pengiktirafan dari dalam dan luar negara, antaranya Anugerah Pemimpin Program Sains, Teknologi dan Inovasi bagi Anugerah Tokoh Siswa Universiti Awam 2018, Anugerah The Best Project (Subcourse B) untuk Program Commtech Camp Highlight 2019, Surabaya, Indonesia; tempat ke-4 keseluruhan bagi Anugerah Persembahan Bakat di Asia Summer Program (ASP), Anugerah Kesukarelawanan Suksis Terbaik dan penyertaan dalam Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS), Program Sukarelawan Antarabangsa.

Bagi program mobiliti pelajar, pada tahun 2019, 213 orang pelajar UniMAP telah mengikuti program mobiliti outbound, sementara UniMAP sendiri telah menerima 89 orang pelajar asing bagi program mobiliti inbound.

Demikian titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menerima taklimat mengenai ‘Cadangan Pembinaan Pusat Islam dan Masjid’ universiti berkenaan yang dipersembahkan oleh Pengarah Pusat Islam dan Pembangunan Insan UniMAP, Ust Muhammad Adib Hj Hassan di Galeri DiRaja Arau.

Hadir sama ialah Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Hj Mohd Nazim Mohd Noor.

Baginda yang juga merangkap Tuanku Canselor UniMAP menambah bahawa dari segi output, kebolehpasaran siswazah menjadi salah satu fokus utama UniMAP.

Berdasarkan laporan Sistem Kajian Pengesanan Graduan, KPM (SKPG-KPM), pada konvokesyan 2019 yang lalu 78.5% siswazah warganegara di UniMAP berada dalam kategori bekerja iaitu 58.7% bekerja, 12.6% melanjutkan pengajian, 1.8% meningkatkan kemahiran dan juga 5.4% sedang menunggu penempatan pekerjaan.

Atas komitmen pusat-pusat pengajian dan CIGC, prestasi SKPG UniMAP (angka tidak rasmi) telah meningkat kepada 87.8% sehingga 10 Februari yang lalu. Empat (4) pusat pengajian telah pun mencapai sasaran 90% iaitu IKOM, PPIPT, PPD dan juga PPK Alam Sekitar. – SM

(Visited 280 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button