Rencah Hidup

Taman Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur ditutup sepenuhnya

BERKUATKUASA hari ini, Taman Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur ditutup sepenuhnya kepada awam sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi hantaran Facebooknya hari ini memaklumkan, penutupan tersebut bertujuan mengelakkan penularan wabak COVID-19 ekoran kehadiran ramai pengunjung ke taman tersebut.

“Bagaimanapun aktiviti berjoging masih dibenarkan di luar atau di sekeliling taman,” menurut hantaran tersebut.

Menerusi hantaran tersebut, DBKL turut memuat naik beberapa gambar yang memaparkan notis makluman penutupan itu, digantung di pintu pagar taman tersebut. – BERNAMA – SM

 

(Visited 505 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button