Parlimen

Dr. Noor Hisham benarkan MP dikuarantin hadir mengundi

KEHADIRAN tiga ahli Parlimen yang dikenakan perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah (HSO) ketika sesi pengundian di Dewan Rakyat semalam telah mendapat kebenaran daripada Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun berkata, kesemua ahli Parlimen terbabit telah menulis surat meminta kebenaran daripada Dr. Noor Hisham.

“KP Kesihatan melalui surat kepada ketiga-tiga ahli Parlimen tersebut bertarikh 14 Disember 2020 telah meluluskan permohonan-permohonan ahli Parlimen tersebut untuk pelepasan masa menghadiri pengundian di Dewan Rakyat pada 14 hingga 17 Disember dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

“Kebenaran ini diberikan secara bertulis. Saya ada salinan kalau hendak lihat saya boleh beri nanti,” kata Azhar.

Beliau berkata demikian selepas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibarahim membangkitkan isu tiga ahli Parlimen yang dikenakan HSO hari untuk mengundi terhadap Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Wilayah Persekutuan semalam.

Tiga Ahli Dewan Rakyat tersebut adalah Ahli Parlimen Tenggara (BN) Datuk Seri Dr. Adham Baba, dan Ahli Parlimen Tapah (BN) Datuk Seri M Saravanan dan seorang dari pihak pembangkang iaitu P. Prabakaran (PKR-Batu).

“Mohon penjelasan daripada YDP berkaitan Covod-19 apakah keputusan ini arahan daripada Ketua Pengarah Kesihatan. Apakah buktiknya. Adakah dengan arahan ini semua peraturan yang dikenakan umpama sekatan 80 orang penaguhan sidang lebih pukul 2, mereka yang pakai PPE duduk di atas,” tanya Anwar di Dewan Rakyat sebentar tadi.

Azhar menetapkan ahli Parlimen yang dikenakan HSO akan di bawa dari bilik kuarantin duduk di Galeri Awam ketika sesi pengundian untuk mengundi di bawah Peruntukan 2(2).

“Saya difahamkan pengecualian ini bukan sesuatu yang baharu. Sebaliknya pengecuali sama turut diberikan pesakit untuk menghadiri upacara pengkebumian dan melawat pesakit di hospital bagi kes-kes kecemasan.

“Dalam pada itu saya membenarkan pemakaian PPE selaras Peraturan Mesyuarat 41(F) dan mengambil kira situasi kesihatan dan keselamatan semua,” kata Azhar.

Sementara itu menurut beliau, berdasarkan tempoh kuarantin selama 10 hari kuarantin, tempoh kuarantian Dr. Adham tamat semalam dan boleh hadir sesi Dewan Rakyat hari ini.

Manakala tempoh kuarantin Prabakaran taman hari ini dan dibenarkan hari esok sementara Saravanan tamat kuarantin pada 17 Disember nanti.

Dewan Rakyat menjadi kecoh semalam selepas ahli Parlimen pembangkang membantah kehadiran ketiga-tiga mereka yang memakai peralatan perlindungan diri (PPE) untuk mengundi.

Mereka khuathir akan dijangkiti Covid-19 dan bertindak keluar dari dewan ketika sesi pengundian berlangsung.-SM

(Visited 153 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button