Nasional

Covid-19: Kluster Sri Petaling sudah berakhir

KLUSTER Covid-19 terbesar di Malaysia yang berasal dari perhimpunan Tabligh di Sri Petling telah mencatatkan sifar kes baharu dan diisytihar sudah berakhir semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkaya, kluster itu dikesan daripada perhimpunan tersebut di Masjid Sri Petaling pada 27 Februari hingga 3 Mac, yang dihadiri 16,000 peserta 1,500 warga asing.

jumlah sembuh
DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

“Kementerian Kesihatan gembira untuk mengumumkan bahawa kluster terbesar di Malaysia, iaitu perhimpunan di Sri Petaling diisytiharkan sudah berakhir hari ini.

“Kes pertama positif Covid-19 daripada kluster ini dilaporkan pada 11 Mac, yang juga merupakan kes 131 dan 136 melibatkan warga Malaysia dari Pahang dan Negeri Sembilan yang menyertai perhimpunan itu katanya.

Beliau berkata, ada besar kemungkinan kluster ini berpunca daripada peserta dari luar negara dan disebarkan ketika perhimpunan besar-besaran itu.

Sejumlah 42,023 orang daripada kluster itu telah disaring dan daripada situ 3,375 didapati positif Covid 19.

“Kes daripada kluster ini dan sub-klusternya dikesan di tujuh negeri membabitkan 2,550 warga Malaysia dan 825 rakyat asing dari 28 negara.

“Kebanyakan kes positif ini merupakan simptomatik iaitu 2.187 kes atau 64.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes positis daripada kluster ini,” jelas Dr. Noor Hisham.

Menurut beliau, 87 pesakit dirawat di unit rawatan rapi, dengan 29 mereka diberikan bantuan pernafasan dan 3,341 individu sembuh dengan kadar kesembuhan 98.9 peratus.

Mengenai kes kematian melibatkan kluster itu, katanya terdapat 34 kematian dilaporkan, terdiri daripada 31 warganegara dan tiga lagi bukan warganegara, melibatkan 30 lelaki dan empat perempuan.

Beliau berkata hasil siasatan dan aktiviti pendekatan tertumpu, KKM telah mengesan sebanyak 17 sub-kluster dalam kluster itu, termasuk Kluster Kampung Sungai Lui yang juga tamat hari ini, Kluster Selangor Mansion dan Kluster Pasar Borong Kuala Lumpur.

“Sejak dari awal pengesanan kluster ini, kerajaan telah menjalankan pendekatan tertumpu secara agresif dan meluas melalui aktiviti pengesanan kes secara aktif bagi kumpulan sasar dalam kluster ini iaitu peserta dan kontak rapat perhimpunan di Seri Petaling serta pelajar, kakitangan pusat tahfiz, dan madrasah di seluruh Malaysia.

“Empat bulan telah berlalu sejak kluster ini mula dikesan dan hari ini tamatlah tempoh 28 hari sejak kes terakhir kluster ini dilaporkan (iaitu kes ke-8367) pada 11 Jun lepas,” jelasnya.

Dr Noor Hisham berkata pencapaian ini merupakan kejayaan bersama bagi KKM dan agensi lain yang telah bekerjasama melalui tindakan bersepadu dalam segala pendekatan bagi mengawal dan membendung penularan jangkitan COVID-19 dalam kluster itu.

Beliau juga menekankan sumbangan pihak media yang telah memainkan peranan besar dalam menyebarkan maklumat dan komunikasi risiko berkaitan kluster ini ke seluruh negara.

“Terima kasih diucapkan kepada pihak Masjid Seri Petaling atas sokongan padu dan bantuan yang telah mereka berikan. Kerjasama yang diberikan oleh semua ahli jemaah telah banyak membantu dalam tindakan mengesan, membendung dan merawat kes COVID-19,” katanya. – SM

 

(Visited 713 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button