fbpx
Politik

UMNO Kedah bakal hancur pada PRU-15?

RIWAYAT UMNO negeri Kedah dikatakan bakal berakhir menjelang Pilihanraya Umum Ke-15 (PRU15) berdasarkan agihan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bakal diberikan kepada mereka.

Menurut sumber, UMNO kini yang hanya mempunyai dua orang wakil dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, kemungkinan hanya akan diberikan empat kerusi DUN sahaja untuk ditandingi pada PRU15.

DUN yang bakal diserahkan kepada UMNO Kedah itu bukannya kerusi-kerusi tradisi yang biasa dimenangi dengan mudah sebelum ini, tetapi kerusi yang terletak di kubu kuat lawan terutama DAP.

Dikatakan Pakatan Nasional (PN) Kedah sudah pun membincangkan mengenai agihan kerusi DUN dalam kalangan mereka dengan Pas dikatakan bakal bertanding di 18 daripada 36 kerusi DUN Kedah.

Malah UMNO juga dikhabarkan perlu mengalah bagi memberi laluan kepada Penggerak Komuniti Negara (PKN), sebuah pertubuhan yang menyokong bekas Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali, yang dikatakan akan diberikan empat kerusi DUN Kedah untuk bertanding pada PRU15.


Manakala baki lapan kerusi lagi akan ditandingi oleh Bersatu. Kedah mempunyai 36 kerusi DUN.

Pada PRU14, Pas menang 16 daripada 36 DUN tersebut, PKR menang tujuh kerusi, Bersatu (lima), Amanah (tiga) dan DAP (dua).

Pada PRU14 juga, calon UMNO bertanding di 28 DUN dan hanya tiga sahaja yang menang iaitu, Datuk Suraya Yaaacon di DUN Sungai Tiang, Norsabrina Mohd Noor (Bandar Baharu) dan Datuk Ku Abdul Rahman Ku Ismail di Guar Chempedak.

Bagaimanapun Ku Abdul Rahman mengisytihar keluar daripada UMNO dan Barisan Nasional pada November 2018 dan tiga minggu selepas itu menyertai Bersatu.

Berdasarkan kepada senario ini, maka UMNO dikatakan hanya akan diberikan kerusi-kerusi yang berjaya dipertahankan mereka di samping perlu merebut kerusi yang kini dimenangi DAP termasuk DUN Derga.

Jika dilihat kepada senario agihan kerusi ahli majlis pihak berkuasa tempatan sebelum ini pun jelas terlihat UMNO bukan pemain utama dalam PN di Kedah.

Di bawah kerajaan negeri baru, sebanyak 60 kerusi diperuntukkan kepada Pas, diikuti BN (50), Bersatu (48) dan PKN (35).

Peruntukkan ini dilihat sangat tidak adil dan tidak dipersetujui oleh kebanyakan pemimpin UMNO dan BN di Kedah.

Ini kerana PKN bukan sebahagian daripada PN, tetapi 35  kerusi ahli telah majlis diberikan kepada mereka. – SM

 

 

(Visited 2 times, 2 visits today)

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button