pilihanPolitik

“Panglima Besar (Zahid Hamidi) mesti undur.. ramai soldadu di medan tersungkur,” – KJ

Penyandang Parlimen Rembau untuk tiga penggal sebelum tewas dalam PRU115, Khairy Jamaluddin berpendapat Datuk Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah gagal buat percaturan.

Zahid yang juga merupakan Presiden UMNO serta Pengerusi Barisan Nasional (BN) dilihat telah gagal dan hilang kepercayaan akar umbi secara total.

“Apabila kalah dalam peperangan, Panglima besar (Zahid) mesti ada maruah untuk mengambil tanggungjawab.

“Lebih-lebih lagi bila strategi perang diatur oleh Panglima besar telah sebabkan ramai soldadu (calon BN) di medan tersungkur,” ciap Khairy di Twitter.

Ciapan itu mendapat lebih 16,000 retweet dan lebih 23,000 tanda suka.

Dalam masa sama, Khairy menegaskan Zahid perlu berhenti dan UMNO perlu ditransformasikan.

“Presiden mesti undur. Sekarang. Reformasi UMNO tidak boleh ditangguh lagi,” ciap Khairy.

(Visited 364 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button