Politik

Tak logik syarikat judi salur dana kepada PN-Hadi Awang

PRESIDEN PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menepis tuduhan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin lalu yang membayangkan sebahagian dana kempen pilihan raya Perikatan Nasional (PN) datang daripada syarikat perjudian yang terlibat dengan cabutan khas judi.

“Adalah tidak masuk akal tauke dan syarikat judi menyumbang kepada kumpulan yang paling agresif merobohkan pusat judi dengan ganas.

“Hanya akal yang berpusing sahaja boleh menerima tuduhan yang mengatakan bahawa tauke dan syarikat judi menyumbang kepada PN sedangkan sahamnya jatuh menjunam setelah mendapat maklumat kemaraan PN dalam PRU15,” katanya satu dalam kenyataan hari ini.

Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, saham syarikat perjudian hanya naik semula selepas Pakatan Harapan (PH) mendapat kuasa, disusuli pembentukan Jemaah Menteri.

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan ketika negeri pimpinan PAS iaitu Kelantan, Terengganu dan Kedah menutup premis perjudian, tindakan itu mendapat tentangan daripada parti komponen PH walaupun ia hanya berkaitan dengan hak umat Islam.


“Malangnya, mereka berwajah Islam dalam PH diam membisu,” katanya. – SM

(Visited 64 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button