Politik

Rakyat beri isyarat di Padang Serai dan Tioman

Padang Serai merupakan kubu kuat Pakatan Harapan (PH). Walaupun bergabung dengan Barisan Nasional (BN) mereka tetap tewas.

BN sudah memberi laluan kepada PH, tetapi Perikatan Nasional (PN) tetap menang besar.

BACA: PN menang besar di Padang Serai, BN menang tipis di Tioman

Di Tioman pula BN menang dengan majoriti beberapa ratus undi sahaja, walaupun PH telah memberi laluan.

Ini jelas rakyat menolak dengan apa yang dilakukan oleh PH dan BN yang bergabung membentuk kerajaan menyebabkan para pengundi berasa tertipu.

Kemenangan besar PN menunjukkan pengundi bukan Melayu turut beralih sokongan dari PH.

Walaupun Datuk Seri Anwar Ibrahim melepas beberapa “bom” seperti isu PN guna dana judi, seleweng RM600 bilion, ia tidak diendahkan pengundi.

Situasi ini pastinya membimbangkan PH dan BN kerana selepas ini enam buah negeri bakal mengadakan pilihan raya negeri.

Negeri terbabit ialah Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu, Kelantan dan Pulau Pinang.

Dijangkakan Selangor yang dikuasai PKR sukar untuk memperolehi dua pertiga, manakala negeri yang dikuasai Pas seperti Kedah, Terengganu dan Kelantan tidak berdepan masalah untuk PN.

(Visited 346 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button