Hiburan

Konsert 4G’s masih diteruskan

Penularan Covid-19 yang melanda seluruh dunia sememangnya memberi impak yang besar kepada penggiat seni dengan penangguhkan konsert besar seperti konsert jelajah dunia kumpulan K-Pop, BTS.

Industri seni tempatan juga terasa kesan Covid-19 dengan penangguhan pengambaran dan konsert yang telah diatur sejak awal lagi.

Antara konsert yang ditangguhkan ialah konsert 4G’s yang menggabungkan empat penyanyi berbakat iaitu Black, Tomok, Hazama dan Akim yang sepatutnya diadakan 17 dan 18 April lalu di Panggung Sari, Istana Budaya.

Ketua Eksekutif Belbis Sdn. Bhd, Fandy Alis selaku penganjur konsert berkata, pihaknya kini sedang mengenalpasti beberapa tarikh baharu untuk konsert tersebut dijalankan.

“Sekiranya keadaan diumumkan pulih oleh pihak kerajaan dalam masa terdekat, kemungkinan besar konsert 4G’s akan dapat diadakan pada penghujung tahun ini.

“Bagaimanapun kita masih menunggu kata putus dari pihak Istana Budaya dan Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan (MOTAC).

BACA> Curi wang kripto, Mas Khan didenda RM17,000

“Sebabnya kedua-dua pihak itu juga sedang menguruskan persediaan yang perlu untuk semua pengunjung dan penonton dapat mematuhi pematuhan operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan,” katanya.

Selain itu, Fandy berkata, pihaknya juga ingin memaklumkan kepada semua peminat yang telah membeli tiket untuk bersabar dan menantikan tarikh baru konsert tersebut.

Jelasnya, tiket yang telah dibeli masig sah dan boleh digunakan pada tarikh baharu yang akan di umumkan kelak.

“Saya mewakili pihak penganjur dan semua artis 4G’s dengan rendah hati memohon maaf serta berterima kasih kepada semua peminat, penaja dan semua pihak terbabit yang telah bersabar dan terus menyokong Konsert 4G’s ini.

BACA> Belum ada tawaran dari Perak untuk beli kasut emas – Khalid Jamlus

“Diharapkan dengan doa dan sokongan berterusan dari semua pihak, segala perancangan yang sedang di atur akan dipermudahkan dan berjalan lancar dalam waktu terdekat,” katanya.

Untuk pertanyaan dan sebarang informasi terkini peminat boleh menghubungi penganjur di talian 018-2488184 atau email ke [email protected]. –SM

(Visited 151 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button