Luar Negara

Betulkah coronavirus belum merebak ke Indonesia?

BENARKAH Indonesia masih lagi bebas daripada jangkitan wabak coronavirus?

Persoalan itu menjadi tanda tanya banyak pihak terutama apabila negara jiran seperti Malaysia, Singapura serta beberapa buah negara jiran lain telah mengesahkan terdapat jangkitan wabak itu.

Indonesia yang mempunyai kira-kira 270 juta penduduk dengan ribuan pulau bermakna terdedah kepada pergerakan orang asing yang membawa penyakit tersebut.

Tetapi hakikatnya setakat ini itulah situasi sebenarnya hingga menarik perhatian para penyelidik dari Universiti Havard.

Kementerian Kesihatan Indonesia setakat ini mengesahkan tiada kes jangkitan virus tersebut.

“Sebenarnya kalau kita mahu melihat secata teliti dari WHO,  kematian pesakit semakin menurun walaupun jumlah kes meningkat,” kata menteri kesihatan Indonesia, Terawan Agus Putranto.
Kajian oleh University Harvard sebelum ini menjangkakan sepatutnya sudah ada kes coronavirus di Indonesia berdasarkan jumlah penerbangan dua hala yang kerap antara Jakarta ke Wuhan, China.
Kajian itu turut khuatir pemantauan yang tidak rapi atau tindakan kerajaan yang cuba menutup kes jangkitan menyebabkan ia tidak dilaporkan.

Mengulas hal tersebut Terawan Agus Putranto yang menganggap sebagai satu penghinaan mempersilakan pengkaji dari Harvard datang ke Indonesia untuk membuat pemantauan.

Profesor Marc Lipsitch bagaimanapun menafikan kenyataan itu bertujuan bagi menghina Indonesia, sebagaimana dirakam dalam wawancara dengan Youtuber Nadhira Afifa.

Marc juga menyebut itu juga bagi memastikan kewaspadaan dipertingkatkan oleh semua pihak.

“Kami memperhatikan semua negara dan tujuan kami bukan untuk menilai kualiti suatu negara atau kemampuan pengawasannya. Hanya ingin memaklumkan ‘dalam contoh ini, situasi ini, seharusnya sudah ada kes yang dikesan,” kata Marc.

BACA JUGA: Koronavirus jika berterusan akan menjejaskan pertumbuhan negara

(Visited 128 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button