Hiburan

Netizen Indonesia dedah suami BCL ada hutang nafkah 3 anak

PERKAHWINAN penyanyi Indonesia, Bunga Citra Lestari bersama Tiko Aryawardhana masih hangat diperkatakan oleh warganet.

Netizen Indonesia dedah suami BCL ada hutang nafkah 3 anak

Namun disebalik perkahwinan mereka, timbul satu isu apabila media dan netizen dari negara seberang membongkar kisam silam perkahwinan Tiko, 43.

Dikatakan selepas bercerai, Tiko gagal membayar nafkah tiga orang anaknya selain dia juga didakwa mempunyai hutang gara-gara perniagaan yang dijalankannya tidak berjaya.

Tiko bersama anak-anaknya dan bekas isteri

Penceraian Tiko bersama bekas isterinyaArina Winarto pada tahun 2021 disebabkan mereka tiada lagi persefahaman dan sering berbalah kerana masalah pembayaran nafkah.

Meskipun begitu, dalam perkahwinan terbarunya bersama BCL, Tiko memberikan serba lengkap alat solat serta emas seberat 212 gram secara tunai.

Manakala jumlah mas kahwin diberikan itu dianggarkan bernilai sekitar Rp 212 juta (RM63,000).
Perkahwinan mewah mereka diadakan di sebuah resort di Bali, Indonesia pada Sabtu lalu, dikawal ketat oleh pihak polis.

Untuk rekod, Tiko berkahwin dengan Arina pada 26 Jun 2014, hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata perempuan.

Bagi pelantun lagu Cinta Sejati, dia pernah berkahwin dengan pelakon dari Malaysia,, Ashraf Sinclair pada 8 November 2008 di Jakarta dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Noah yang kini berumur 13 tahun.

Asyraf menghembuskan nafas terakhir akibat serangan jantung pada 18 Februari 2020. – SM

Artikle Berkaitan :>

BCL sah bergelar isteri Tiko Aryawardhana

Pemergian Ashraf: Para peminat turut bersedih dan doakan BCL serta Noah tabah

(Visited 103 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button