Hiburan

BCL sah bergelar isteri Tiko Aryawardhana


Selepas 4 tahun Penyanyi dan pelakon Indonesia, Bunga Citra Lestari menjadi balu kini dirinya selamat bergelar isteri kepada Tiko Aryawardhana.

Pasangan ini memilih lokasi pernikahan di Hotel mewah, Bali, Indonesia.

Majlis pernikahan itu dihadiri kira-kira 100 tetamu merangkumi ahli keluarga dan teman rapat penyanyi Cinta Sejati itu.

Hubungan BCL dan Tiko mula dihidu peminat pada sambutan ulang tahun kelahiran BCL, Mac lalu apabila dilihat berpegangan tangan.

Menguatkan lagi spekulasi apabila Tiko menggayakan pakaian sedondon dengan keluarga BCL pada sambutan Aidilfitri, April lalu.

Difahamkan, ibu bapa Tiko berjiran dengan BCL.

Tiko adalah duda kepada tiga cahaya mata perempuan, dilaporkan bercerai dengan bekas isteri pada 2021.

Terdahulu BCL bernikah dengan pengacara dan pelakon dari Malaysia, Allahyarham Ashraf Sinclair pada 2008 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Noah Aidan Sinclair, 12.

Allahyarham Ashraf meninggal dunia pada Februari 2020 ketika tidur akibat serangan jantung.

(Visited 158 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button