Agama

Umrah DIY perlu ada ilmu

Umrah DIY semakin popular selepas pandemik, budaya umrah secara solo mula menjadi pilihan buat masyarakat Islam di Malaysia tanpa mengunakan perkhidmatan travel agensi.

Malah dikatakan kosnya lebih murah, jadual yang tidak terikat dan polisi dari Kerajaan Arab Saudi juga sudah mengeluarkan visa untuk pelancong luar negara.

Pelancaran buku Umrah DIY

Namun dalam konteks umrah DIY ini terdapat kemusykilan dalam bab ibadah dan teknikal, sudah pasti menjadi cabaran untuk mereka yang memilih umrah secara persendirian.

Tidak mahu ia berterusan salah faham tentang umrah DIY ini, Dr Zulkifli Mohammad Al-Bakri menjelaskan tentang kefahaman ini melalui buku ‘Umrah DIY’ yang diterbitkan oleh Pustaka Cahaya Kasturi Sdn Bhd.

Dr Zulkifli Mohammad Al-Bakri

‘’ Saya akui fenomena umrah DIY dan perkongsian mereka yang berjaya di media sosial membuatkan ramai yang berhajat menunaikan umrah sendiri tanpa melalui agensi. Namun mereka perlu tahu maklumat bagaimana ibadah umrah itu harus dipersembahkan, apabila tiada ilmu, banyak yang kurang tepat mengikut syariat.

“Malah ada yang menyangka apabila pergi sendiri, bajet yang diperlukan lebih murah. Namun apabila tiba di sana, kemungkinan bajet meningkat sehingga tiga kali ganda juga berlaku. Jadi buku Umrah DIY ini adalah satu jawapan untuk selesaikan isu-isu yang timbul,” jelasnya kepada media.

Bagi Pengarah Urusan Mursyid Alharamain Travel & Tours Sdn Bhd, Haji Muhammad Mursyid Abu Hassan, melalui pengalamannya sendiri melakukan umrah secara DIY ini lebih mahal dan rumit berbanding mengikuti travel.

Pengarah Urusan Mursyid Alharamain Travel & Tours Sdn Bhd, Haji Muhammad Mursyid Abu Hassan

 

‘’Walaupun saya mempunyai travel agensi sendiri tetapi saya pernah lakukan secara DIY, saya melihat akan ada risiko sedikit seperti tempat penginapan tiada, kerana hotel selalu dipenuhi oleh agensi travel yang sudah booking dan pengangkutan seperti teksi juga mahal.

Tambah Mursyid lagi, dia melihat sendiri bagaimana jemaah yang melakukan umrah secara DIY ini seringkali keliru akan rukun dan adab.

“Berdasarkan pengalaman sendiri, saya pernah bertemu mereka yang melakukan umrah DIY dan apabila berbual ada kalangan mereka yang tidak melaksanakan umrah lagi. Ada yang mahu berehat dahulu atau membeli belah dan kemudian baru buat umrah. Namun ia bersalahanan dengan adab masuk ke Mekah.

“Apabila masuk ke Mekah, shopping dan berehat bukan keutamaan sebaliknya laksanakan ibadah dahulu dan barulah buat perkara yang lain,” katanya.

Hakikatnya perjalanan ibadah umrah ini bukalah mudah jika tiada ilmu, lebih-lebih lagi bagi sesiapa yang baru pertama kali menjejakkan kaki di Tanah Suci.

Buku DIY umrah ini menjelaskan tentang kefahaman ibadah umrah, melalui pengalaman dari sudut pengurusan teknikal sebelum dan semasa berada di Tanah Suci bagi yang berminat boleh terus ke https://mursyidalharamain.onpay.my/order/form/misc atau hubungi 01116095176

Artikle Berkaitan :>

Home

Malaysia sebagai hab umrah rancakkan pelancongan Muslim

(Visited 101 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button