Hiburan

Ada orang ambil kesempatan, Maya Karin tutup kedai burger

SEWAKTU ramai selebriti yang kekurangan tawaran kerja ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Maya Karin nampaknya tampil dengan cari kreatif mencari rezeki.

Walaupun sudah dikenali ramai, Maya nampaknya tidak kekok untuk memulakan perniagaan menjual burger bakar yang berjaya mendapat sambutan ramai.

Namun, Maya menerusi Instagramnya memberitahu yang perniagaannya yang menggunakan nama #burgerbakarmayakarin itu telah pun dihentikan.

BURGER

“Dengan ini saya ingin mengumumkan #burgerbakarmayakarin ditutup bermula semalam. Dengan itu saya memberitahu saya tidak terlibat dengan mana2 brands burger.

“Projek burger ini bermula pada musim PKP untuk mengisi masa yang terluang. Sejujurnya niat di hati ingin memperluaskan dan memperkembangan burger bakar saya,” ujarnya.

BACA> Bawa watak OCD: Naim Daniel dikritik, tak buat homework!

Menurut pelakon berkenaan, antara sebab utama dia menutup perniagaan tersebut setelah mendapati ada pihak mengambil kesempatan.

“Itu antara sebab saya mengambil keputusan untuk tutup terus. Terima kasih diatas sokongan anda semua yang tak terhingga.

“Saya amat hargai segala sokongan anda berikan! Dan Selamat Hari Raya Aidiladha! Love, Maya,” jelasnya.

BACA> Penganjur Konsert Janey Daimodthasodchuen langgar SOP, didenda

Tambahnya, dia juga mengambil kesempatan untuk membuat penghantaran terakhir burger bakarnya itu ke Maahad Tahfiz Lil Aytam. -SM

(Visited 674 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button