Hiburan

Bawa watak ‘mak cik’ pun boleh menang anugerah

Walaupun hanya membawa watak mak cik, kemampuan Maya Karin dalam lakonan tetap menjadi tumpuan selepas dia menerima  Anugerah Kepujian dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik (Commendation In Best Actress Category).

Anugerah itu diterima Maya menerusi lakonanna dalam filem ‘Olympic Dream’ yang turut tersenarai sebagai Pilihan Rasmi (Official Selection) Festival tersebut.

“Saya berasa amat bersyukur dan berterima kasih kepada pihak juri Ramsgate International Film & TV Festival di atas pengiktirafan yang tidak saya jangkakan langsung ini.

maya

“Mungkin apa yang saya cuba sampaikan dalam filem ini memberi impak kepada juri dan penonton,” katanya.

Menurut Maya, walaupun tiada nama besar di dalam filem itu, dia bersetuju untuk membintanginya kerana tertarik dengan watak Mak cik Fatimah.

BACA> Ibu kaki hutang dan penipu, Han So Hee terpaksa minta maaf

“Saya juga ingin berterima kasih kepada pengarah dan pihak produksi yang memberi peluang untuk saya berkarya dan ruang untuk saya mendalami watak ini mengikut cara saya tersendiri,” katanya.

maya

Ramsgate International Film & TV Festival merupakan sebuah festival filem yang berpusat di bandar pesisir Ramsgate, England.

Festival ini memberi platform kepada pembuat filem bebas dari UK dan antarabangsa untuk berkongsi karya baru kepada orang ramai, pengedar  serta memupuk bakat baru.

BACA> Daripada juruterbang ke penghantar makanan

Sejak penganjuran pertamanya pada tahun 2017, Ramsgate International Film & TV Festival telah menerima penyertaan dari seluruh dunia termasuk Australia, Brazil, Iran, Martinique, Filipina, Afrika Selatan dan Taiwan serta negara-negara Eropah dan benua Amerika Utara. -SM

(Visited 619 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button