HiburanMahkamah

Datuk Seri Mohd Amir BME tak bawa dokumen penting ke mahkamah untuk mempertahankan diri

DEFENDAN ketiga kes perbicaraan penyanyi, Datuk Wan Aishah Wan Ariffin di Mahkamah Sesyen Sivil, Kuala Lumpur hari ini bersambung dengan defendan ketiga dari Bina Megah Empayar, Datuk Seri Mohd Amir Mohd Esa, 50, tidak membawa sebarang dokumen untuk mempertahankan dirinya.

Beliau mengakui itu ketika disoal oleh Peguambela plaintif, Mohammad Izwan Azmi di hadapan Hakim Rofiah Mohamad.

Terdahulu, saksi terakhir plaintif, pengacara program pertandingan realiti televisyen, Gegar Veganza termasuk untuk musim keempat di mana Aisah dinobatkan sebagai Juara GV4, Nabil Ahmad, 39, tampil di mahkamah memberi keterangan.

Dalam pemeriksaan balas oleh Peguambela plaintif, Izwan, defendan Datin Seri Putik Wanida defendan pertama dan Putra Mohd Hasif Mohammad Amir berkata, entiti perniagaan Bina Megah Empayar (BME) ialah perkongsian.

“Ya setuju. Defendan pertama dan kedua, itu adalah urusan peribadi saya.

“Mereka adalah isteri dan anak saya,” kata Mohd Amir yang pada mulanya enggan menjawab soalan Izwan apakah hubungan beliau dengan dua individu yang disebut di atas.

Mohd Amir diminta tunjuk kepada mahkamah, Budi Group pada asalnya penaja tanah GV4 dengan rujuk kepada dokumen Ikatan Bersama.

“Komunikasi awal sebelum penajaan, we are please to accept your offer, setuju atau tidak,” soal Izwan.

“Ya, setuju,” jawab Mohd Amir.

“Sebelum BME (Bina Megah Empayar) ditubuhkan, ada perbincangan membawa Budi Group penaja GV4,” kata Mohd Amir lagi.

Budi Group telah menarik diri sebagai penaja GV4 dan menubuhkan BME.

“Berlaku kelambatan dalam penyerahan serah tanah kepada pemenang kerana tanah tersebut adalah milik Budi Group, ownership tanah tersebut adalah Budi Group.

“Ini adalah alasan Datuk sahaja,” tegas Izwan sambil merujuk selepas lima tahun GV4 pemenang iaitu plaintif, Aishah masih belum menerima hadiah lot tanah banglo tajaan BME.

Jawap Mohd Amir, “saya tak ada bukti nak tunjuk.”

BME setuju untuk taja hadiah kepada pemenang kedua dan ketiga GV4 dan selepas program ini, pemenangnya ialah Datuk Aishah.

Peguambela defendan berdiri dan berkata, “Datuk mohon cakap kuat sikit. Saya tak dengar. Saya nak catit.”

Izwan merujuk kepada detail spesifik yang ada dalam surat, segala maklumat lengkap lokasi tanah akan diumum pada minggu akhir GV4 dan surat ditandatangani oleh Datuk Seri Mohd Amir.

“Setuju,” kata Mohd Amir.

Mahkamah berhenti rehat sebentar dan bersambung pukul 2.15 petang ini. – SM

 

 

 

(Visited 512 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button