Hiburan

Lomo Picture filem EMPAT tolak ia bermaksud “mati”!

MEMBARISKAN pelakon seperti Nur Adrina, Syafie Naswip, Nur Farisha Amira dan Alynna Joanna, EMPAT, filem arahan Bersama Ayez Shaukat Fonseka dan Silver Yee bakal menemui penonton di pawagam selepas Hari Raya Aidilfitri nanti.

EMPAT terbitan Lomo Picture merupakan sebuah filem seram tetapi tidak disajikan secara klise.

Menurut Ketua Operasi Eksekutif (COO) LOMO, Danny Chan, walau pun kebanyakan pelabur terdiri daripada rakan-rakan Cina, filem ini mempunyai daya pasaran yang besar dalam kalangan penonton Melayu.

“Oleh sebab itulah kami memilih filem Melayu kerana penonton yang terdiri daripada golongan Melayu.

“Sasaran kami ialah menarik rakyat Malaysia untuk masuk panggung dan menonton EMPAT,” katanya.

Danny berkata, EMPAT menurut takrifan masyarakat Cina membawa konotasi negatif iaitu “mati”.

“Kita tahu itu (empat maknanya mati) tetapi kami percaya EMPAT akan membawa kesenangan kepada kami,” jelasnya.

Sutradara Ayez Shaukat berpendapat, filem seram arahannya kali ini agak menarik kerana pelakon Cina turut terlibat dalam penggambaran.

“Kita tidak lupa menerapkan unsur Islam dalam filem ini supaya akidah penonton tidak tersasar,” katanya.

Sementara itu, salah seorang pendukung watak utama EMPAT, Nur Adriana berpendapat, EMPAT bukanlah sebuah filem seram yang klise sebaliknya ia menarik untuk tontonan.

“Ini merupakan kali pertama saya berlakon dalam filem seram. Dalam filem ini, saya memegang watak yang ada saka dalam keluarga,” katanya semasa sesi sidang media tertutup filem EMPAT.

EMPAT mengisahkan sekumpulan remaja yang berkawan baik dan mempunyai latar belakang berbeza.

Mereka juga mempunyai masalah atau konflik namun apa yang paling menarik ialah salah seorang daripada mereka dianugerahkan pancaindera ke enam iaitu mampu melihat dan merasai alam ghaib. – SM

(Visited 152 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button