MahkamahNasional

Kes letupan guna alat kawalan jauh: Dua lelaki mengaku tak bersalah

DUA lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas pertuduhan menyebabkan letupan di depan sebuah kedai minggu lalu.

Alex Lau, 32, dan Lai Meng Sien, 34, mengaku tidak bersalah apabila pertuduhan dibaca kepada mereka di depan Majistret Nur Farahain Roslan.

Kedua-duanya didakwa dengan niat bersama melakukan perbuatan itu di bawah Seksyen 6 Akta Bahan Letupan 1957 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dipenjara tujuh tahun atau denda tidak lebih RM10,000 atau kedua-duanya.

Lau dan Lai didakwa menyebabkan letupan di depan sebuah kedai di kondominium Tiara Mutiara 1 di Jalan Puchong dan Jalan Klang Lama pada pukul 6 pagi, 2 Mei lalu.

Dua tertuduh itu didakwa mengubah suai paip PVC menjadi bahan letupan buatan sendiri (IED) yang diledakkan melalui kawalan jauh untuk menyebabkan letupan.

Peguam Izhar Ahmad Azmi yang mewakili kedua-duanya, merayu ikat jamin rendah.

Mahkamah membenarkan ikat jamin RM3,000 bersama seorang penjamin untuk setiap tertuduh serta mereka perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap bulan.

Mahkamah menetapkan 22 Jun ini untuk serahan dokumen oleh pendakwaan kepada pembelaan. – FMT – SM

BACA

Kes letupan di Pandan Indah: Suspek guna kepakaran pendawaian elektrik buat bom tangan

(Visited 101 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button