Nasional

Kerajaan lulus penggunaan vaksin Sinopharm, Janssen

KERAJAAN hari ini meluluskan dua lagi produk vaksin Covid-19 keluaran syarikat China dan Belgium bagi kegunaan rakyat Malaysia.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Noor Hisham Abdullah berkata, keputusan itu diambil dalam Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kali ke-361 yang telah bersidang pada hari ini.

Vaksin terbabit adalah Covilo Suspension for Injection Covid-19 Vaccine (Covilo) dan Janssen COVID-19 Vaccine Suspension for Injection (Jassen).

Covilo merupakan vaksin yang dikilangkan oleh China National Biotec Group Company Limited (CNBG). Vaksin berkenaan dibangunkan oleh  China National Biotec Group Company Limited (CNBG) yang dijuga dikenali sebagai Sinopharm.

Pemegang berdartar di Malaysia bagi vaksin tersebut adalah syarikat Duopharma (M) Sdn. Bhd.

Manakala Janssen dikeluarkan oleh syarikat Janssen Pharmaceutica N.V., Belgium. Johnson & Johnson Sdn. Bhd. merupakan pemegang pendaftaran bagi vaksin berkenaan.

“Kelulusan pendaftaran bersyarat ini memerlukan maklumat kualiti, keselamatan dan keberkesanan produk vaksin tersebut dipantau dan dinilai berdasarkan data-data terkini dari semasa ke semasa.

“Ia bagi memastikan perbandingan manfaat-risiko (benefit over risk) bagi produk-produk vaksin tersebut kekal positif,” katanya.

Kelulusan itu menjadikan lima vaksin Covid-19 termasuk Pfizer, Sinovac dan Astra zeneca digunakan di negara ini bagi membanteras penularan wabak Covid-19.

Menurut Dr. Noor Hisham KKM akan sentiasa mempertingkatkan tahap kesihatan awam dalam memerangi wabak COVID-19 melalui perolehan bekalan vaksin yang telah dinilai daripada aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) dan diluluskan oleh PBKD.

Kerajaan juga komited untuk memastikan penduduk dewasa Malaysia mencapai imuniti kelompok (herd immunity) selaras dengan sasaran Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).-SM

(Visited 200 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button