albatros

Golfer jom bersedekah

Pemain golf tegar biasanya akan bermain golf hampir setiap hari. Dan setiap hari itu juga mereka sering bersedekah dalam pelbagai bentuk dan cara di padang golf.

Pagi-pagi ketika sampai di kelab golf biasa mereka akan memberi tip kepada petugas yang mengangkat beg golf dan selepas belanja rakan-rakan untuk bersarapan pagi.

Semasa bermain golf pula mereka dengan murah hari membeli bola yang dijual di padang golf oleh pekerja lapangan, walaupun ia sebenarnya tidak benarkan oleh pengurusan kelab golf.

Bola golf pula kadangkala silap pukul hilang di dalam hutan dan tasik pun dikira sedekah.

Bola golf pula bukannya murah ada yang sama harga dengan sekampit beras. Itu belum tip kepada kedi yang paling rendah adalah sekitar RM50.

Jadi ketika sukan golf tidak dibenarkan duit bola dan tip itu boleh disalurkan sebagai bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Buka sahaja laman web kitajaga.co dan disitu akan dapat dilihat mereka yang memerlukan bantuan.

Bagi mereka yang mahu memberi bantuan boleh juga mendaftar di laman web berkenaan.

Bahkan pasar raya Mydin contohnya menjual bakul makanan untuk dihantar kepada mereka yang memerlukan di dalam Shoppee.

Jadi kaki golf semua marilah kita membantu ramai yang terjejas pendapatan ketika Covid-19 menghambat kehidupan kita semua.

(Visited 547 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button