albatros

Selamat menyambut Hari Ulang Tahun Rejimen Askar Wataniah ke-63

Pasukan Sukarela mempunyai peranan penting terutamanya semasa Perang Dunia Kedua, Darurat Pertama 1948-1960 dan era konfrontasi.

Semasa darurat, pasukan simpanan dikenali sebagai ‘Home Guard’ dan pasukan ini telah disusun semula selepas ancaman berkurangan dan dikenali sebagai Pasukan Pertahanan Tempatan.

Pada tahun 1958, Ordinan Tentera Darat Simpanan telah digubal dengan penubuhan pasukan sukarela yang baru dengan nama ASKAR WATANIAH (AW) secara rasminya pada 1 Jun 1958.

Kini, Rejimen Askar Wataniah dengan motto BERKHIDMAT UNTUK NEGARA berperanan sebagai barisan kedua dalam mempertahankan kedaulatan negara dari sebarang ancaman. Penyertaan rakyat dalam AW merupakan satu sumbangan murni bagi menyahut seruan pertiwi sesuai dengan konsep HANRUH (Pertahanan Menyeluruh) yang ditetapkan dalam Dasar Pertahanan Negara.

Bak kata penulis pertahanan, Zaki SallehTidak ramai yang bersedia mengorbankan masa dan membelakangkan kepentingan peribadi untuk berpanas, berhujan dan berpeluh secara sukarela walaupun ada kalanya merasa terpaksa.

Askar Wataniah, barisan kedua pertahanan negara adalah intepretasi segolongan rakyat yang ingin sama menyumbang khidmat mengangkat senjata sebagai sukarelawan pada waktu sukar dan aman.

Selamat HUT Askar Wataniah termasuk kepada mereka yang pernah menjadi warganya.

Raja Muda Perlis Brigedier Jeneral Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Tuanku Komander Rejimen 504 Askar Wataniah antara yang sangat aktif dan prihatin dengan Pasukan Simpanan Tentera Darat Malaysia itu.

Kewujudan rejimen berkenaan dalam membantu anggota tetap tidak dapat disangkal lagi.

Ia merupakan platform utama dalam meningkat serta mengenal potensi diri seseorang anggotanya di samping mewujudkan jaringan kerja di antara satu sama lain di dalam masyarakat tanpa mengira kaum, agama dan pemahaman politik.

(Visited 1,485 times, 2 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button